SEKOLAH SAYA


SELAMAT DATANG KE

HALAMAN SEKOLAH SAYA.

MY SCHOOL'S NAME IS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LKTP BELITONG. Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Belitong (SMKB) adalah sekolah baru di daerah Kluang. Jarak jauh perjalanan sekolah dari bandar Kluang adalah lebih kurang 25 kilometer. Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1995, ketika itu saya belajar dalam Tingkatan 2. Pengetua sekolah ini ketika itu ialah Encik Bassar Bin Bani.Encik Bassar tidak lama menjadi pengetua di sekolah ini. Lebih kurang pada awal tahun 1996, Encik Bassar telah meninggalkan sekolah ini bagi menjalankan tugas terbarunya. Pemergian Encik Bassar telah diganti dengan pengetua baru iaitu Encik Wahid Bin Bilaji. Encik Wahid masih lagi berkhidmat di sekolah ini sebagai Pengetua Sekolah Menengah Kebagsaan LKTP Belitong.Penolong Kanan 1 yang membantu Encik Bassar ialah Encik Abdullah Bin Ali. Manakala Guru Hal Ehwal Murid ketika itu ialah Encik Norazlan Bin Sulaiman.Sekarang Penolong Kanan 1 telah digantikan dengan guru yang dahulunya mengajar kami Sains Pertanian iaitu Encik Jailani Bin Kasan. Guru Hal Ehwal Murid juga telah digantikan dengan Encik Halim Bin Marjunid seorang guru baru pada masa itu. Pada tahun ini (1998) jumlah guru meningkat kepada 70 orang.

Pada awal penglibatan sekolah ini , ia terbahagi kepada dua tingkatan sahaja iaitu Tingkatan 1dan 2 sahaja. Pada tahun 1996, sekolah ini telah menerima pelajar dari Sekolah Menengah Bandar Tenggara bagi memenuhi kelas yang ada.Pelajar yang diambil adalah pelajar lepasan PMR. Pelajar Tingkatan 4 ini diletakkan dibawah aliran Sastera dan Perdagangan. Pada tahun 1997 pula jumlah pelajar di sekolah ini telah meningkat. Ini kerana pertambahan kemasukan pelajar Tingkatan 1 yang sangat ramai.Pelajar yang bersekolah di sini adalah pelajar yang tinggal di Ulu Belitong, Bukit Tongkat, Ulu Penggeli, dan Taman Perumahan Seri Lambak.Pada tahun 1998 ini,jumlah pelajar telah meningkat kepada 1400 orang.

INFO SEKOLAH

GRED

B

KEDUDUKAN

LUAR BANDAR

LUAS

16.9 EKAR

TARIKH DITUBUHKAN

1.12.1995

JUMLAH PELAJAR

1,402 ORANG

JUMLAH GURU

66 ORANG

ke halaman utama

biodata saya

rakan